SUBANG, 31 Jan — Sultan Johor Sultan Ibrahim selamat tiba di ibu negara bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini.
Pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini kira-kira 9.40 pagi.
Ketibaan baginda di lapangan terbang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.