Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi

MELAKA 23 Jan–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusohbersama kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi atau Kuala Linggi International Port (KLIP).
Yang hadir sama, YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Pengerusi KLIP; Yang Teramat Mulia Kolonel Kehormat Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadr, Tunku Besar Tampin; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; dan Tan Sri Datuk Seri Dr. Noormustafa Kamal Yahya, Pengerusi Eksekutif KLIP.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.