KAJANG 22 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bergambar bersama selepas mengadakan lawatan kerja ke Institusi Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bagi mendengar taklimat berkaitan hala tuju serta peranan yang dimainkan.
STRIDE merupakan agensi strategik di bawah Kementerian Pertahanan yang ditubuhkan bagi tujuan memperkasa pertahanan negara melalui penyelidikan & pembangunan, inovasi serta perkhidmatan sains dan teknologi yang mampan.