JELEBU 12 Jan–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaludin Alias mmenyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Enam Bidang Bantuan kepada rakyat dalam Parlimen Jelebu dan DUN Pertang di sini hari ini.
Ia merangkumi bantuan baik pulih dan membina infrastruktur, perubatan, bencana alam, sara hidup, pendidikan dan institusi awam.
Keseluruhan bantuan pada minggu ini berjumlah hampir RM20,000.00 dengan 14 penerima.