KUALA LUMPUR, 8 Jan — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat berkenaan diadakan sebagai penghargaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap Al-Sultan Abdullah sebagai Panglima Tertinggi ATM atas tamat tempoh rasmi perkhidmatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini. Foto–Kementerian Pertahanan