Tinjau Projek Rumah Kasih Johor

KLUANG 7 Jan — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkesempatan meluangkan masa meninjau  projek Rumah Kasih Johor (RKJ), di Kampung Dato Ibrahim Majid.Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 5 juta bagi Program RKJ. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan kediaman untuk golongan sasar terutamanya yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan berdaftar dengan e-kasih dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.