IPOH 2 Jan–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan baucer Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) kepada 18 ibu bayi sebanyak RM200 setiap orang sempena kelahiran bayi tahun baru 2024 di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh petang ini.
TASPEN ini adalah sebahagian inisiatif Program Tuisyen Cikgu Saarani diwujudkan bagi menggalakkan simpanan pendidikan khusus bagi anak-anak kelahiran Negeri Perak.