REMBAU 20 Disember — Timbalan Presiden UMNO yang juga ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan sempat menziarahi pesakit yang terlantar dan seterusnya menyampaikan keperluan katil hospital, kerusi roda, pampers dan bakul barang-barang makanan di sekitar Kg Kendung, Kg Legung, Kg Astana Raja dan Kg Bongek, di sekitar Dun Kota. Turut serta ADUN Kota Suhaimi Aini dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Asiah serta ketua-ketua UMNO cawangan serta jawatan kuasa.