Semasa Eksesais Taming Sari Siri 22 Tahun 2023

LANGKAWI, 14 Dis — Eksesais Taming Sari adalah siri latihan penembakan misil oleh aset tempur TLDM bagi menguji keupayaan dan kesiapsiagaan sistem peluru berpandu di kapal serta tahap kompetensi warga tentera laut.
Semasa Eksesais Taming Sari Siri 22 Tahun 2023 yang berlangsung di utara perairan Selat Melaka hari ini, sebanyak dua buah misil Exocet MM40 telah dilancarkan oleh kapal KD LEKIU yang berjaya tepat ke sasaran manakala KD LEKIR bertindak sebagai kapal penembak simpanan.
Bekas Menteri Pertahanan yang kini Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan hadir sebagai tetamu khas menyaksikan eksesais itu dari KD MAHAWANGSA yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.