KUALA LUMPUR, 12 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini.