KUALA LUMPUR 21 Nov– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bertemu dengan Menteri Perpaduan Datuk Aaron Aro Dagang bagi membincangkan pendekatan menggunakan rangkaian komuniti seluruh negara menerusi 8,397 Kawasan Rukun Tetangga dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan terjamin untuk anak-anak kita.