Menerima Mengadap Takzim Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU 21 Nov–Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap takzim Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Johor dan Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor.
Mengadap Takzim DYMM Sultan Johor bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda esok (22 November), berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (21 November).
Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Hadir sama, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan
Dato’ Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor.
Turut hadir, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.