JOHOR BAHRU, 19 Nov — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima replika cek berjumlah RM 1,008,352.25 sumbangan daripada masjid dan surau seluruh negeri Johor untuk akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin pada Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil, dan Solat Hajat untuk Solidariti Rakyat Palestin Peringkat Negeri Johor 2023 di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn hari ini.