JAKARTA, 16 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri hari terakhir Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke-17 (ADMM) dan ADMM Plus ke-10 di sini yang bermula Rabu.
Mesyuarat ADMM Plus hari ini dihadiri menteri-menteri pertahanan lapan negara rakan dialog iaitu Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat yang membincangkan pelbagai isu keselamatan.