JELEBU 10 Nov–Exco Kanan Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Jalaludin Alias berkesempatan turun ke Pasar Awam Simpang Pertang bagi melihat Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Perayaan Deepavali Negeri Sembilan.
SHMMP ini berkuatkuasa mulai 9 November hingga 15 November 2023.
Sebanyak 11 jenis barangan akan dikawal di bawah skim ini seperti daging kambing biri-biri bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang merah besar import, kacang dal dan tiga gred telur ayam.