KUANTAN 3 Nov – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berbesar hati menerima buku ‘Ceritera Khazanah Pahang’, sebuah dokumentasi bergambar mengenai keunikan, keistimewaan dan kepelbagaian seni, warisan, budaya serta pahlawan Pahang hasil usaha para pensyarah UITM Raub. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menerbitkan buku ini yang secara langsungnya naskhah ini mengangkat nama Negeri Pahang.