PUTRAJAYA, 27 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Perjanjian itu antara (duduk dari kiri) Syarikat Tanah dan Harta diwakil Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Datuk Shamsul Azri Abu Bakar, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak dan Platinum Victory Development Sdn Bhd diwakili Tan Sri Gan Yu Chai dan Datuk Shaik Ahmad Sufian Shaik Kamal Farid.
Turut menyaksikan ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.