KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bergambar bersama semasa hadir Majlis Solat Hajat yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Malaysia sebagai tanda keprihatinan dengan perkembangan semasa umat Islam di Gaza dan tanda solidariti ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Diadakan di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam, ianya dihadiri oleh 300 orang Wanita UMNO seluruh negara yang memakai pakaian serba putih.