Ahmad Zahid Teruja Sambutan Hari Malaysia, Semarak Semangat Perpaduan

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keterujaan beliau dengan sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak semalam.

Beliau berkata ini kerana kehadiran pengunjung yang menggamatkan suasana memberikan manifestasi kepada semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Saya amat teruja melihat kemeriahan. Tahniah kepada penganjur yang telah menyemarakkan semangat perpaduan dan nilai kasih sayang di antara kita keluarga besar rakyat Malaysia,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau juga turut menyebut ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kepentingan bersatu padu dan mencari titik kestabilan politik.

Katanya ianya bagi negara ini mencapai kemajuan pembangunan dan ekonomi yang diinginkan.

“Saya juga melihat semangat ‘Segulai Sejalai’ yang diserlahkan melalui persembahan hebat dan lafaz kata pemimpin yang hadir termasuklah ucaptama YAB Perdana Menteri, semalam.

“Semangat Hari Malaysia ini tidak akan berakhir pada 16 September sahaja malah terus disuburkan selamanya, dan InsyaAllah Kerajaan Perpaduan akan berusaha sebaiknya demi Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.