KLUANG 22 Ogos–Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman menyerahkan Surat Setuju Terima bagi Projek Naiktaraf Ruang Future Ward di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor (Reka Dan Bina).
Projek Naiktaraf Ruang Future Ward di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor (Reka Dan Bina) ini adalah projek menaiktaraf kemudahan pesakit dalam (in-patient) iaitu wad 38 katil dengan kemudahan lengkap bagi menambahbaik perkhidmatan kesihatan kepada pesakit serta bagi menampung kesesakan wad sediada dan kapasiti pesakit yang semakin meningkat.