Tony Pua Ibarat Meludah Ke Langit, Jatuh Ke Muka Sendiri – SUA

KUALA LUMPUR 24, Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Tony Pua sebagai meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Katanya ini kerana rakyat tidak pernah lupa tindak tanduk Tony ketika di Kementerian Kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.

Respon tersebut diberikan beliau ekoran kenyataan Tony yang berkata parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup boleh melakukan lebih baik berbanding gabungan korup seperti BN.

“Walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan
Dap, tapi ucapan beliau bagaikan ‘meludah
ke langit, jatuh ke muka sendiri’.

“Bahkan sehingga ke saat ini,
walaupun lima tahun lebih berlalu pun
ekonomi negara masih belum dapat
dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak
segemilang dahulu,” katanya.

Dr Asyraf dalam pada itu turut memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi pemimpin Dap sambil meluahkan kekesalan ekoran kenyataan diberikan Tony.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar Tony tidak diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya telah menghantar mesej protes
kepada kepimpinan tertinggi Dap dan
desak mereka untuk jangan sesekali
meletakkan beliau sebagai calon dalam
PRN akan datang jika mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia
ini berkekalan.

“Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di
siang hari sehingga terlupa bahawa
kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi
kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS
dan Warisan yang di dalamnya terdiri
daripada 19 parti politik. Apa yang
diucapnya hanya menyerlahkan
kedangkalannya sendiri,” tegas beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.