Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memberi sumbangan kepada anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al Walid hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang (depan dua, kiri) bersama isteri Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah (depan dua, kanan) serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (empat, kiri).

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.