PUTRAJAYA, 19 Mac – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir dalam program gunting rambut percuma dan meraikan anak-anak tempatan yang bakal memulakan sesi persekolahan esok. Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan P8 (1) Putrajaya tersebut adalah acara tradisi saban tahun bagi UMNO Bahagian Putrajaya.