PENGERANG 12 MAC – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said membuat penyerahan bantuan kepada Masjid, Surau, Jawatakuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Tahfiz di Parlimen Pengerang semalam.
Antara yang mendapat manfaat sempena Program Infaq Rahmah Ramadhan Parlimen Pengerang ini adalah 25 buah masjid,24 buah JPKK,25 buah surau serta 10 buah tahfiz.
Diharapkan sumbangan ini mampu membantu pihak pengurusan masjid,surau dan JPKK dalam mempelbagaikan majlis bagi mengimarahkan bulan Ramadhan tahun ini.