KUALA LIPIS 11 MAC – Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meninjau Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cameron Highlands yang diadakan serentak di beberapa tempat di Sungai Koyan, Lipis hari ini.Beliau berharap semoga perwakilan dapat memilih calon yang bertanding dengan tepat agar mereka yang dipilih ini nanti mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik terutamanya dalam membantu kepimpinan UMNO dalam memastikan parti ini terus mendapat kepercayaan rakyat di negara ini.