Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-67 Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU 10 MAC – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengiringi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, berangkat merasmikan Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-67 Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2023, malam tadi.DYAM Tunku Ismail berangkat selaku wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.Berangkat sama mengiringi DYAM Tunku Ismail, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam.Turut berangkat, YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. Majlis tersebut diadakan di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.