KOTA KINABALU 9 MAC – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meneruskan sesi lawatan kerja dengan berada di Negeri Sabah bagi menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2023.Beliau menzahirkan ucapan terima kepada YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor yang turut bersama bagi membincangkan serta menyelaras program/projek di bawah KKDW dalam usaha membangunkan kehidupan masyarakat desa di Negeri Sabah.