GUA MUSANG 26 FEBRUARI — Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada di Jajahan Gua Musang atau lebih tepat lagi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).Syabas dan tahniah atas kejayaan yang telah ditempa oleh KESEDAR baik dalam program pembangunan dan juga menerusi projek quick-wins KESEDAR. Namun dalam mendepani cabaran semasa, KESEDAR perlu proaktif dalam pembangunan keusahawanan halal hub di bawah KESEDAR, dan yang paling utama sentiasa melihat kembali mengenai peranan serta misi visi yang membawa kepada penubuhan KESEDAR.