MASJID TANAH 13 Feb–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman MD Ali menyampaikan kepada seramai 372 pelajar dari 38 sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka Sekolah Rendah Sesi 2023. Kerajaan Negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka – TAPEM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada 2,274 pelajar mewakili 241 sekolah rendah di seluruh Negeri Melaka.