KOTA TINGGI 5 Februari — Naib Presiden UMNO yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyantuni dan menyerahkan bantuan Bakul Rahmah KPT kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Baru Pasak hari ini. Turut hadir Muszaide Makmor, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi merangkap ADUN Sedili, Norlizah Noh merangkap ADUN Johor Lama, YBrs. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Pengerusi Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) dan pengurusan Kolej Komuniti Kota Tinggi serta masyarakat setempat.