JOHOR BAHRU 26 Jan — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk persembahkan laporan terkini pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.