KUALA LUMPUR, 5 Jan — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kanan) berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga, kiri), Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua, kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) Tan Sri Liow Tiong Lai (dua, kiri).