PASIR MAS, 15 Dis — Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh, Rantau Panjang hari ini.
Beliau hari ini, mengumumkan peruntukan RM12 juta untuk menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi mengatasi banjir termenung di jajahan Pasir Mas.