KUANTAN 9 Dis–Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah berkenan berangkat bagi mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-115 di Dewan Perdana, Grand Darul Makmur, Kuantan. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan hadir bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.