KUALA LUMPUR 8 DISEMBER – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendengar taklimat daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) hari ini. Pelbagai perkara yang dibentang dan dibincang, termasuklah hala tuju sektor pendidikan tinggi serta cabarannya.Kesemua jabatan dan agensi di bawah KPT mesti menggandakan usaha dan melakukan inovasi baharu untuk memastikan mandat penubuhannya dan kualiti pendidikan tinggi dilonjakkan.