Pertemuan Bersama Jabatan Peguam Negara

PUTRAJAYA 7 DISEMBER – Menteri Undang- undang Dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara, yang diketuai Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, untuk berbincang tentang pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Berikutan perbincangan ini, Jabatan Peguam Negara akan menyediakan satu kertas pelan pengubahsuaian AGC.
Ini langkah pertama ke arah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan berharap kerjasama baik antara Jabatan Peguam Negara dan pihak pejabat Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi akan membuahkan hasil secepat mungkin, Insya Allah.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.