KOTA BHARU, 28 Okt –Menteri Pengajian Tinggi Datuk Sri Dr Noraini Ahmad bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyampaikan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada pelajar universiti seluruh Kelantan pada Program KPT Prihatin dan Majlis Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di UMK Kampus Kota hari ini.
Seramai 840 pelajar dari universiti awam dan swasta di Negeri Kelantan menerima peranti Siswa Keluarga Malaysia hari ini.