KUALA LUMPUR, 6 Okt — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan mendengar taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang hari ini.
Turut hadir, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.