JOHOR BAHRU 6 Okt — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, YB Mohd Fared Mohd Khalid dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, YB Lee Ting Han di Istana Bukit Serene hari ini.