MUAR 26 Sep–Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyerahkan surat tawaran Program Sulung kepada
Nurul Aishah Mohd Dani, 19 tahun, dari Kg. Parit Bagan, Muar yang diberikan tawaran program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UKM. KPT telah mengambil inisiatif memperkenalkan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) untuk membantu generasi pertama dalam keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.