MELAKA 21 Sep–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengadakan perjumpaan bersama pelabur berpotensi dari Korea Selatan yang berminat untuk melabur ke Negeri Melaka khususnya dalam sektor pelancongan dan pengangkutan.
Dalam pertemuan di Pejabat Ketua Menteri, petang ini, kumpulan pelabur dari Korea Selatan diketuai oleh Dr. Parimalam R. Isa Michael, Presiden Metro Link.