PARIT SULONG 17 SEPTEMBER — Ketua Wanita UMNO merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meraikan Hari Malaysia bersama dengan masyarakat di parlimen Parit Sulong semalam.Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah disediakan antaranya senamrobik, pertandingan resipi masakan sihat dan jualan gerai IKS oleh Wanita, pertandingan autoshow retro dan sepakan penalti oleh Pemuda, pertandingan mewarna dan busana kebangsaan oleh Puteri, Jualan Murah Keluarga Malaysia oleh KPDNHEP Cawangan Batu Pahat dan cabutan bertuah.