KUALA LUMPUR, 15 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) ketika menghadiri Majlis Perasmian Semarak Patriotik IPT 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.
Turut sama, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Bertemakan ‘Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia’, sambutan ini amat relevan dan signifikan pada masa ini bagi menyuntik nilai patriotik, jati diri, semangat bangga dan sayangkan tanah air dalam kalangan mahasiswa yang merupakan legasi dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.