KUALA LUMPUR, 15 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyempurnakan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.
Turut kelihatan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua, kiri), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua, kanan) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Bertemakan ‘Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia’, sambutan ini amat relevan dan signifikan pada masa ini bagi menyuntik nilai patriotik, jati diri, semangat bangga dan sayangkan tanah air dalam kalangan mahasiswa yang merupakan legasi dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.