Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia 2022

MELAKA, 2 Sept — Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa (tiga, kanan) bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kiri) ketika hadir mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia 2022 di Wisma Sri Negeri hari ini.
Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Mohammad Mentek.
Hari Malaysia tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.