LIPIS 7 Jan–Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan dalam Program Kebajikan PKPP Prihatin bagi Dewan Negeri (DN) Jelai kepada 1,069 penerima yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli (OA), anak-anak yatim, ibu tunggal, pesakit kronik, orang miskin dan mereka yang terjejas yang berjumlah secara keseluruhan RM765,100 di sini hari ini.