Puteri UMNO Kunjungi Najib, Beri Sokongan Moral Untuk Terus Tabah

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini telah mengadakan lawatan kepada bekas Perdana Menteri dan juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta.

Kumpulan lebih 50 orang anggota Puteri UMNO itu tiba kira-kira pukul 8. 00 pagi dan berkesempatan menemui Najib sebelum beliau bertolak ke Pekan.

Lawatan tersebut yang disertai oleh para Exco Puteri UMNO bersama-sama ahli-ahlinya dibuat sebagai tanda sokongan moral kepada bekas pemimpin negara itu.

Ini ekoran pelbagai tekanan dan ujian getir yang dihadapinya sejak Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan mandat kepimpinan negara minggu lalu. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.