Berhenti Tuduh-menuduh, ADUN Hulu Kelang Tidak Perlu Jadi Batu Api – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas kenyataan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib yang mendakwa bahawa Perdana Menteri lewat bertindak menguruskan banjir yang melanda Lembah Klang.

Tegasnya, ia adalah tidak benar serta tak berasaskan fakta.

“YB Hulu Kelang tidak perlu menjadi batu api mengajak mangsa-mangsa banjir saman Perdana Menteri. Sekarang masanya untuk kita bertindak menguruskan Fasa Pasca Banjir,” katanya.

Jelas Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, banyak rumah yang perlu dibersihkan, jalan yang perlu diturap semula, mangsa yang kita pastikan dapat bantuan daripada kerajaan.

“Lagi-lagi dalam Fasa Pasca Banjir di mana semua perlu bekerjasama menolong mangsa-mangsa banjir, kenyataan beliau seolah-olah ingin melepaskan tangan dan hanya ingin tuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri.

“Seperti yang saya sebut dalam posting sebelum ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu, namun ia tidak sempurna dan kekurangan itu wujud. Ahli Politik dan pihak berkuasa perlu terbuka menerima kritikan dari rakyat.

“Tetapi sekarang ini masanya untuk kita sebagai pengamal politik yang diberikan amanah dan tanggungjawab memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Bukan menaikkan kemarahan rakyat dan tuduh menuduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hal ini beliau menyarankan Saari Sungib teruskan beri khidmat yang terbaik kepada semua.

“Saya doakan segalanya di permudahkan oleh Allah SWT bagi mangsa-mangsa banjir. Kerajaan Persekutuan dan Parti UMNO akan terus memberi khidmat terbaik kepada semua yang terkesan. Insya-Allah.”

Terdahulu, beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak lewat dalam bertindak, malah telah bertindak seperti berikut:

1. Tuduhan PM lambat bertindak.
Pada Hari Jumaat, 17/12/2021. Agensi Pengurusan Bencana telah beri taklimat mengenai taburan hujan yang jarang berlaku hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.
Sehabisnya taklimat tersebut, YAB Perdana Menteri mengarahkan segala Kementerian berkaitan, Kementerian Pertahanan, KPKT, Agensi-Agensi di bawah JPM, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengarakkan aset bagi tujuan operasi menyelamat, mengurus, dan menyelaras di semua kawasan.
Kawasan saya sendiri Kuala Langat, sudah bersedia untuk menerima mangsa semenjak pagi hari sabtu 18/12/2021 dan anggota RELA, KKM, serta JKM telah pun mula menguruskan mangsa-mangsa banjir.
YAB Perdana Menteri telah mula bertindak selepas hujan menunjuk trend taburan berterusan.

2. Tuduhan Perdana Menteri tidak buat apa-apa.
Untuk makluman Saari Sungib, Sabtu Malam, Perdana Menteri bergegas ke pusat kawalan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras tugasan dan tindakan yang perlu diambil bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
Ini disusuli, dengan lawatan ke Bukit Lanchung di Putra Heights memastikan agar aset-aset kerajaan segera pindahkan mangsa-mangsa banjir ke PPS.
Pagi ahad pula, Perdana Menteri ke Telok Gong, Klang bagi melawat mangsa-mangsa banjir di Klang, beliau terus mengarahkan JKM agar memberi segala kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir.
Hari yang sama, Ahad 19/12/2021, Perdana Menteri terus umumkan pakej bantuan kepada mangsa banjir, ini termasuk:

A. Peruntukan Awal RM100 juta untuk pemulihan infrastruktur pasca banjir.
B. Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1000.
C. Geran padanan melalui GLC/GLIC sebanyak RM40 juta.
D. Penempatan Anggota Kesihatan dan kemudahan asas di setiap PPS.
Tak adil untuk menuduh Perdana Menteri tidak buat apa-apa atau bertindak lambat. Segalanya telah digerakkan hari Jumaat 17/12/2021.

3. Kenyataan Saari Sungib seolah-olah PM bertindak in ‘bad faith’ dan ‘mala fide’.
Tuduhan ini tuduhan yang amat berat dan hujah yang digunakan oleh Saari Sungib adalah ini kerana Pengerusi MKN Selangor bukan MB Selangor.
Untuk makluman YB Hulu Kelang, menunding jari tidak membina dan tidak produktif. Saya tak mahu politikkan isu ini.

Tetapi Negeri Pahang dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah. Meskipun begitu, keadaan terkawal kerana Menteri Besar Pahang bertindak awal dan telah pun bersedia untuk menghadapi banjir. Malah, beliau sendiri meninjau semua kawasan yang dilanda banjir.

Untuk makluman, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Noh Omar sebelum ini, di Selangor yang menguruskan banjir bukan Majlis Keselamatan Negara, tetapi jawatankuasa pengurusan bencana. Melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Kerajaan Negeri Selangor memiliki akses kepada aset-aset kerajaan seperti Tentera. Jawatankuasa ini dijawat oleh Ketua Polis Negeri, Panglima Tentera Negeri, dan Pegawai Daerah.

Berhenti tuduh menuduh, Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan beri komitmen kepada YAB MB bahawa bantuan dan aset kerajaan persekutuan akan dan sudah pun mula bergerak pada hari Sabtu 18/12/2021. Ini dibuktikan oleh ciapan YB Menteri Pertahanan di mana beliau memuatnaik gambar ATM telah pun berada di kawasan banjir semenjak tengahari Sabtu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.