Jualan Bantu Rakyat Keluarga Malaysia

KEPALA BATAS 6hb Dis—Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam bersama pasukan daripada KPDNHEP bersama-sama Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas dan juga MAFI dapat mengadakan Jualan Bantu Rakyat Keluarga Malaysia Parlimen Kepala Batas. Program bersifat intervensi ini menawarkan harga bantu rakyat pada kadar 25 hingga 30 peratus lebih rendah dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi Kerajaan serta syarikat korporat untuk manfaat warga Kepala Batas.- FB: Reezal Merican Naina Merican

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.