MELAKA, 22 Nov — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) mengimbas kad waktu elektronik bagi memulakan tugas pada hari pertama beliau di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ts Kamel Mohamad.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu daripada Barisan Nasional mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 kelmarin.